Bilik Tayang

Sejarah Awal Bilik Tayang.

                 Bilik APD dan bilik tayang pada awalnya ditubuhkan pada pertengahan tahun 70an. Pada asalnya kedua-dua bilik tersebut terletak di bilik yang berasingan bersama-sama bilik sejarah, bilik bahasa dan bilik tayang dan APD di tingkat yang sama.
                
                 Walau bagaimana pun akibat dari pertambahan pelajar dan kekurangan kelas maka ketiga-tiga bilik berkenaan telah ditukarkan kepada bilik darjah untuk tingkatan 6 pada awal tahun 1990 an. Bilik Tayang dan juga bilik APD telah diletakkan di ruang sedia ada sekarang iaitu di sebuah bilik  di dalam perpustakaan.
Bagi memastikan keselesaan pelajar ketika mengunakan bilik tersebut maka  pada pertengahan tahun 2004, PIBG sekolah telah memasang sebuah pendingin udara di  bilik tersebut.
Pada tahun 2008 bilik tayang berpindah sekali lagi di bangunan blok Zakiah di tingkat 2. Bilik  yg digunakan adalah menrupakan bekas bilik guru-guru kanan.Hasil  usaha  mantan pengetua Pn. Hjh Latifah Hamdan ( 2005/08) bilik tersebut telah diubahsuai bagi  digunakan sebagai bilik tayang.
Pada tahun 2011 , bilik tayang telah mendapat sumbangan meja dan kerusi dari pihak Koperasi SMK (P) SAB Berhad. Manakala Pihak PIBG  telah menyumbangkan sebuah komputer Acer dan LCD baru.
Adalah diharapkan dengan sumbangan dan sokong dari berbagai pihak Bilik  Tayang SMK (P) Sultan Abu Bakar Muar akan dapat menyumbang ke arah mencapai misi dan visi sekolah .