Ruangan ini khas untuk paparan mengenai pengawas-pengawas yang bernaung di bawah Pusat Sumber SMK(P) Sultan Abu Bakar. Untuk menjadi salah seorang pengawas pusat sumber atau PSS, bukanlah mudah. Para pelajar perlu menyedari akan tanggungjawab serta cabaran yang bakal ditempuhi masing-masing tatkala memegang jawatan tersebut. Pada halaman ini, anda dapat membaca serta mendapat informasi yang diperlukan mengenai jawatan pengawas pusat sumber.
Mungkin anda tertanya-tanya mengenai tugasan-tugasan yang perlu dilakukan sewaktu bertugas. Sebenarnya, begitu banyak sekali kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang dihadkan. Para pengawas tidak boleh bersikap sambil lewa kerana laporan akan dihantar kepada guru bertugas setelah selesai waktu perkhidmatan untuk pemantauan. Satu tugasan tidak boleh melebihi dua orang. Di sini, Ketua Harian memainkan peranannya. Ketua Harian yang dilantik akan membuat pemeriksaan berkaitan waktu seseorang pengawas yang lain datang bertugas serta memberikan tugasan kepadanya. Pengawas yang tidak mengikut arahan akan dilaporkan kepada Pn. Rohaida bt.Arsat untuk tindakan selanjutnya.
Pengawas Pusat Sumber tidak menjalankan pembersihan sewaktu bertugas?
Tidak, anda tidak perlu melakukan tugasan tersebut. Cuma perlu melaksanakan tugas-tugas seperti yang tertera di atas.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengawas pusat sumber sekolah, anda boleh berjumpa dengan guru-guru perpustakaan untuk mendapatkan borang. Mengikut prosedur sebelum ini pengambilan pengawas PSS baru diadakan pada bulan Oktober. Pengambilan ini terbuka kepada para pelajar Tingkatan 1,2, 3 dan 4. Para pelajar yang berminat untuk berkhidmat kepada sekolah, bertanggungjawab, rajin dan berdedikasi digalakkan untuk mendaftar menjadi pengawas PSS. Pengambilan ini tidak melibatkan sebarang temu duga tetapi pihak bertanggungjawab akan memeriksa latar belakang seseorang pelajar terlebih dahulu. Anda digalakkan mendaftar nama dengan segera kerana tempat kosong adalah terhad. Pada tahun yang berikutnya, pengawas akan diberikan surat untuk menghadiri mesyuarat di perpustakaan dan di situ pelajar akan mendapat jawapan sama ada permohonannya diterima atau tidak. Mesyuarat pada kebiasaannya bersidang 2 atau 3 kali setahun. Mesyuarat pertama diadakan bertujuan untuk membincangkan tugasan serta pembahagian jadual, memilih AJK dan sebagainya. Mesyuarat kali kedua adalah untuk membincangkan beberapa cadangan ataupun perubahan yang ingin diimplementasikan bagi kemaslahatan bersama.
Usah risau. Sewaktu perjumpaan pertama perpustakaan, pengawas-pengawas baharu akan mengikuti kursus selama 2 jam di perpustakaan. Pengawas-pengawas senior akan menjalankan tugas-tugasnya dan membentuk beberapa kumpulan, sama seperti program mentor-mentee. Para pengawas akan diberi keterangan secara teori terdahulu dan kemudiannya akan melaksanakan amali. Sebagai contoh, mungkin ada pengawas yang tidak tahu untuk melabel buku tersebut berdasarkan sistem Dewey. Pengawas senior akan menceritakan terlebih dahulu dan akan memberi contoh beberapa buku untuk diberi pengkelasan. Adalah dinasihatkan supaya para pelajar yang ingin memohon jawatan tersebut untuk menelusuri terlebih dahulu sistem Dewey sebelum mendapat keputusan.
Bagaimanakah seseorang pelajar boleh meminjam buku di perpustakaan? Apakah syarat-syaratnya? Apakah kesalahannya?
Perpustakaan itu besar. Apa yang disediakan di perpustakaan?